Gulai Kawah Daging Kambing Aqiqah

Bookmark and Share







Saya belajar cara memasak gulai kawah daging kambing semasa kenduri majlis aqiqah  cucu saudara yang terbaharu pada cuti hari krismas.  Saya balik kali ini memang semata mata untuk majlis aqiqah ini kerana Aween sangat suka makan daging kambing.

Gulai Kawah Daging Kambing

Bahan bahan
Daging kambing
Mmbam nyior
Santan
Bawang merah
Bawang putih
Lengkuas
Halia
Rempah ketumbar
Rempah gulai kawah
Gula melaka
Asam jawa
Garam, gula
Kerisik kelapa

Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris.  Tumis bahan hiris hingga garing dan masukkan rempah gulai kawah.  Dimasak lama lama dan biar betul betul garing. 

Masukkan kesemua daging, mumban nyior dan rempah yang ditumis dan masakkan hingga daging empuk.  Masukkan santan dan kacau hingga santan masak. Masukkan garam, gula, air asam jawa dan akhir sekali kerisik kelapa. Sesuaikan rasa dan kepekatannya.  Siapppp ...


inilah mumban nyior

rendam dengan air

daging digaul dan dicuci dengan tepung gandum

campur mumban dan daging

masukkan rempah yang ditumis dan gaul rata

jerang atas dapur

bila daging empuk, masukkan santan

masukkan bawang merah

tuang gula, garam, gula melaka dan air asam jawa

akhir sekali kerisik kelapa

siap dan sedap dimakan panas panas


{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Poskan Komentar